Pages

Tuesday, January 1, 2013

Holiday di KL hari ke tiga

Hari ke-3 mmg cadang nak g Bird Park KL. Ninie pernah pergi 2 kali dah. Masa bujang, masa dah jadi bini org, dan ni dah ada anak pulak. Zulaikha mmg suka bird, mau tak nye, hari-hari tgk cerita kartun RIO.
 Masuk Bird Park mmg mahal. RM40 untuk org dewasa, tapi cuti sekolah ada diskaun, sbb dah g Aquaria, dapat kupon diskaun. Jadinya seorang RM20 je. Jimat RM40 kat situ.
Macam biasa, kami sampai awal kat sini, kul11 pagi. Orang tak ramai lagik, dan yang penting tak panas lagik nak jalan-jalan kat tempat open macam ni.
ibu pun sama excited
Masa sampai Bird Park ni hujan renyai-renyai, terpaksa bawak payung. Risau jugak hujan lebat. Tapi Alhamdulillah cuaca mmg sgt memahami..
seronok mengejar bird
Bird Park ni kebanyakkan burung mmg berkeliaran je. Zulaikha pun mmg nampak sgt enjoy kat sini berbanding g Aquaria.
 Jumpa lagi kawan dia
 bertanya khabar ngan bird
Ibu dah tak daya... 
 Sekali sekala apak usik dia, ajak balik.. marah sgt dia.. suka dpt jumpa kawan-kawan
ada jugak pish kat sini... sampai duduk mencangkung nak tgk pish

Bird park ni besar jugak la, burung kakak tua ni duduk dalam sangkar khas. Sebb nak suruh Zulaikha tgk bird kesukaan dia yang dalam citer RIO tu (blue macaw), apak terpaksa tunjuk hero!
mula-mula dia takut jugak, tapi lama-lama dia berani dah bagi bird tu makan kuaci. Tempat yang paling dia suka!
seminggu jugak la, dia bercerita pasal g bird park ni. Yang Aquaria langsung dia tak sebut.

Lama jugak jalan-jalan dalam bird park ni. 3jam lebih. Masa kat Aquaria, byk kali tawaf nak bagi berbaloi bayar. Bird Park ni kami serender, tak daya dah nak jalan lagik, Zulaikha je yang tak reti penat, kebetulan ada pertunjukan burung, Ninie ajak Zex g tgk, dia ckp tak yah la.. dah berbaloi bayar tadi.. huhuhu.

Jenuh jugak nak pujuk Zulaikha balik, terpaksa beli itik mainan sekor kat dia. Balik dari bird park terus straight ke rumah adik ipar, tak g mana dah. Lenguh berjalan, penat satu badan. Sampai rumah rehat-rehat, kakak Zex pun sampai dari Kuantan. Diaorg pun datang bercuti. Malam tu, menjadi jugak lagik berjalan, g Mines, Ninie g tewah, sakan membeli kain cotton! jait je belum..... huhuhu


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails